Nombor Perdana Matematik Tahun 6
Hai semua hari ini saya akan menceritakan apa itu nombor perdana.
Nombor Perdana ialah nombor yang mesti:
1. Lebih daripada 1.
2. Hanya boleh dibahagi dengan 1 dan dirinya sendiri.
Puisi Nombor Perdana
Mari cari nombor perdana,
1 hingga 100 kita teroka,
Nombor perdana bukan semuanya,
Mari kenali bersama-sama.
Nombor 1 bukanlah ia,
Fikirkan nombor yang lain pula,
Melebihi nombor 1 yang utama,
Juga boleh dibahagi dengan dirinya.
Sebutkan semua nombor perdana,
Jumlahnya ada dua puluh lima,
Kalau adik bijak laksana,
Apakah nombor perdana yang
kedua puluh lima.
Maaf kalau gambar agak kabur.
Nombor-nombor perdana 1 hingga 100
2,3,5,7,11,13,17,19,23,29,31,37,41,43,47,53,59,61,67,71,73,79,83,89,97.
Comments
Post a Comment